StatCounter Free web tracker and counter
Malaysian Insurance Companies
Life and General Business
1 AmAssurance Berhad
2 American International Assurance
3 Hong Leong Assurance Berhad
4 ING Insurance Berhad
5 Malaysia National Insurance Berhad
6 Malaysian Assurance Alliance Berhad
7 MCIS Zurich Insurance Berhad
8 Prudential Assurance Malaysia Berhad
Life Business Only
1 Allianz Life Insurance Malaysia Berhad
2 AXA Affin Life Insurance Berhad
3 Commerce Life Assurance Berhad
4 Great Eastern Life Assurance
5 Manulife Insurance (Malaysia) Berhad
6 Mayban Life Assurance Berhad
7 TM Asia Life (Malaysia) Berhad
8 Uni.Asia Life Assurance Berhad
General Business Only
1 ACE Synergy Insurance Berhad
2 Allianz General Insurance (M) Berhad
3 American Home Assurance Company
4 AMI Insurans Berhad
5 AXA Affin General Insurance Berhad
6 Berjaya Sompo Insurance Berhad
7 BH Insurance (M) Berhad
8 Jerneh Insurance Berhad
9 Kurnia Insurans (Malaysia) Berhad
10 Lonpac Insurance Berhad
11 Mayban General Assurance Berhad
12 Mitsui Sumitomo Insurance (M) Bhd
13 MUI Continental Insurance Berhad
14 Multi-Purpose Insurans Berhad
15 Oriental Capital Assurance Berhad
16 Overseas Assurance Corporation (M) Bhd
17 Pacific & Orient Insurance Co. Berhad
18 Pacific Insurance Berhad, The
19 PanGlobal Insurance Berhad
20 Progressive Insurance Berhad
21 QBE - MBF Insurans Berhad
22 RHB Insurance Berhad
23 Tahan Insurance Malaysia Berhad
24 Tokio Marine Insurans (M) Berhad
25 Uni.Asia General Insurance Berhad
Nota:
Link diatas adalah redirect ke Bank Megara Malaysia. Sila klik link di BNM untuk ke website syarikat berkenaan.
 

Insurans Motor-kenderaan

Ini merupakan panduan sebagai pengenalan untuk memberikan anda kefahaman yang lebih baik tentang insurans motor dan apa yang perlu anda tahu apabila membeli polisi insurans motor dan membuat tuntutan.

Jenis polisi insurans motor

Apabila anda membeli kenderaan bermotor, anda perlu membeli insurans motor. Walau
bagaimanapun, terdapat berbagai jenis polisi insurans motor. Jenis-jenis yang biasa adalah:

Perlindungan pihak ketiga
Polisi ini menginsuranskan anda terhadap tuntutan bagi kecederaan tubuh badan atau kematian yang berlaku kepada orang lain (dikenali sebagai pihak ketiga), dan juga kerugian atau kerosakan kepada harta benda pihak ketiga yang diakibatkan
oleh kenderaan anda.

Perlindungan pihak ketiga, kebakaran dan kecurian
Polisi ini menyediakan insurans terhadap tuntutan bagi kecederaan tubuh badan dan kematian pihak ketiga, kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga, dan kerugian atau kerosakan kepada kenderaan sendiri akibat kebakaran yang tidak disengajakan atau kecurian.

Perlindungan komprehensif
Polisi ini menyediakan perlindungan yang paling luas, iaitu kecederaan tubuh badan dan kematian pihak ketiga, kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga dan kerugian atau kerosakan kepada kenderaan anda sendiri akibat kebakaran yang tidak disengajakan, kecurian atau kemalangan.


Jadual 1.

Pengecualian/penambahan
Insurans motor yang standard tidak melindungi sesetengah kerugian, seperti kematian atau
kecederaan anggota diri sendiri akibat kemalangan motor, liabiliti terhadap tuntutan daripada
penumpang- penumpang dalam kenderaan anda (kecuali penumpang-penumpang kenderaan
sewa seperti teksi dan bas) dan kerugian atau kerosakan akibat kejadian alam seperti banjir, ribut dan tanah runtuh.

Walau bagaimanapun, anda boleh membayar premium tambahan untuk menambah perlindungan polisi anda terhadap banjir, tanah runtuh, tanah gelincir dan juga perlindungan kepada penumpang-penumpang anda. Adalah mustahak untuk menyemak polisi anda tentang
pengecualian yang dikenakan.

Perkara penting yang perlu diambil perhatian apabila membeli perlindungan insurans motor

Nilai diinsuranskan/jumlah diinsuranskan
Sekiranya anda membeli polisi untuk melindungi kerugian/ kerosakan kepada kenderaan anda,
anda perlu memastikan bahawa kenderaan anda telah diinsuranskan secukupnya kerana ini
akan memberi kesan ke atas jumlah yang anda boleh tuntut sekiranya berlaku kerugian/
kerosakan. Bagi kenderaan baru, jumlah diinsuranskan adalah harga beli manakala bagi
kenderaan lain, nilai diinsuranskan adalah nilai pasaran kenderaan tersebut semasa anda
memohon polisi insurans.

Terkurang insurans
Sekiranya anda menginsuranskan kenderaan anda pada nilai yang lebih rendah daripada nilai pasaran, anda akan dianggap menginsuranskan sendiri perbezaan nilai tersebut, iaitu, jika berlaku kerugian/ kerosakan, anda akan hanya dibayar sebahagian ganti rugi (setakat bahagian yang diinsuranskan) oleh syarikat insurans anda.

• Terlebih insurans

Sekiranya anda menginsuranskan kenderaan anda pada jumlah yang lebih tinggi daripada nilai pasaran, pembayaran ganti rugi maksimum yang akan anda terima adalah nilai pasaran kenderaan tersebut kerana pemegang polisi tidak boleh ‘mendapat keuntungan’ daripada tuntutan insurans motor.

Kewajipan pendedahan
Anda perlu mendedahkan sepenuhnya semua fakta penting, termasuk tentang kemalangan
sebelumnya (jika ada), pengubahsuaian kepada enjin dan lain-lain. Sekiranya anda ragu-ragu
sama ada sesuatu fakta itu relevan atau tidak, adalah lebih baik bertanya kepada syarikat
insurans anda. Sekiranya anda gagal mendedahkan mana-mana fakta penting, syarikat insurans
anda berhak menolak tuntutan anda dan sebarang tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga
terhadap anda. Dalam kes sedemikian, anda sendiri adalah bertanggungjawab terhadap tuntutan tersebut.

Harga
Harga yang anda bayar untuk insurans motor bergantung kepada jenis polisi yang dipilih.
Premium insurans yang dikenakan oleh syarikat insurans anda adalah kadar minimum yang
standard menurut Tarif Motor. Walau bagaimanapun, sebagai tambahan kepada kadar minimum yang standard, syarikat insurans anda mungkin mengenakan premium tambahan yang dipanggil bebanan premium kepada premium yang perlu dibayar. Ini disebabkan faktor risiko yang terlibat adalah lebih tinggi seperti usia kenderaan dan pengalaman tuntutan.

Bebanan premium
Dikawal oleh Bank Negara Malaysia (BNM) , dan syarikat insurans tidak boleh mengenakan bebanan premium yang lebih tinggi daripada kadar yang dibenarkan oleh BNM.

Diskaun tiada tuntutan
Premium yang perlu dibayar boleh dikurangkan sekiranya anda mempunyai kelayakan diskaun
tiada tuntutan [‘no-claim-discount’ (NCD)]. NCD adalah satu skim ‘hadiah’ kepada anda sekiranya tiada tuntutan dibuat terhadap polisi anda dalam tempoh 12 bulan sebelum itu. Kadar NCD yang berlainan adalah dikenakan bagi kelas kenderaan yang berlainan. Bagi kereta persendirian, skala NCD adalah di antara 25% hingga 55% seperti yang dinyatakan di dalam polisi.

Ekses
Juga dikenali sebagai ‘deduktibel’. Jumlah kerugian ini perlu anda tanggung sebelum syarikat
insurans anda membayar baki tuntutan kerosakan kenderaan anda. Jenis-jenis ekses adalah
seperti berikut:
• Ekses wajib sebanyak RM400 – sekiranya kenderaan anda dipandu oleh seseorang
yang bukan dinamakan di dalam polisi atau seseorang yang dinamakan di dalam polisi
tetapi di bawah umur 21 tahun, pemegang lesen memandu sementara (L) atau
pemegang lesen memandu penuh yang kurang dari dua tahun.
• Ekses lain – dikenakan mengikut budi bicara syarikat insurans anda dan dalam
sesetengah kes, tiada sebarang ekses yang dikenakan. Anda boleh berunding dengan
syarikat insurans anda berhubung dengan ekses ini.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

        Sekiranya topik yang anda cari tiada di laman ini sila taip dalam kotak
dibawah dan tekan butang search untuk ke laman seterusnya.
Google

T2-Global: Millions of Discount Airfares, the NEW travel site

Do You Want TOP 10 GOOGLE, MSN & YAHOO RANKINGS???

Market Probability

Sittercity.com

PhantomPlate: Radar, GPS & Camera Avoidance Products

Powered by Blogger

Subscribe to
Posts [Atom]



@ All right reserve Pirzacomp System | Privacy Policy