StatCounter Free web tracker and counter
Malaysian Insurance Companies
Life and General Business
1 AmAssurance Berhad
2 American International Assurance
3 Hong Leong Assurance Berhad
4 ING Insurance Berhad
5 Malaysia National Insurance Berhad
6 Malaysian Assurance Alliance Berhad
7 MCIS Zurich Insurance Berhad
8 Prudential Assurance Malaysia Berhad
Life Business Only
1 Allianz Life Insurance Malaysia Berhad
2 AXA Affin Life Insurance Berhad
3 Commerce Life Assurance Berhad
4 Great Eastern Life Assurance
5 Manulife Insurance (Malaysia) Berhad
6 Mayban Life Assurance Berhad
7 TM Asia Life (Malaysia) Berhad
8 Uni.Asia Life Assurance Berhad
General Business Only
1 ACE Synergy Insurance Berhad
2 Allianz General Insurance (M) Berhad
3 American Home Assurance Company
4 AMI Insurans Berhad
5 AXA Affin General Insurance Berhad
6 Berjaya Sompo Insurance Berhad
7 BH Insurance (M) Berhad
8 Jerneh Insurance Berhad
9 Kurnia Insurans (Malaysia) Berhad
10 Lonpac Insurance Berhad
11 Mayban General Assurance Berhad
12 Mitsui Sumitomo Insurance (M) Bhd
13 MUI Continental Insurance Berhad
14 Multi-Purpose Insurans Berhad
15 Oriental Capital Assurance Berhad
16 Overseas Assurance Corporation (M) Bhd
17 Pacific & Orient Insurance Co. Berhad
18 Pacific Insurance Berhad, The
19 PanGlobal Insurance Berhad
20 Progressive Insurance Berhad
21 QBE - MBF Insurans Berhad
22 RHB Insurance Berhad
23 Tahan Insurance Malaysia Berhad
24 Tokio Marine Insurans (M) Berhad
25 Uni.Asia General Insurance Berhad
Nota:
Link diatas adalah redirect ke Bank Megara Malaysia. Sila klik link di BNM untuk ke website syarikat berkenaan.
 

Membuat tuntutan terhadap syarikat insurans

Tuntutan kemalangan

Apabila anda terlibat dalam kemalangan, anda boleh sama ada membuat tuntutan kerosakan
sendiri atau tuntutan pihak ketiga:

Tuntutan kerosakan sendiri
Ini merujuk kepada membuat tuntutan terhadap polisi insurans anda sendiri, iaitu anda
mempunyai polisi komprehensif. Walau bagaimanapun, anda akan kehilangan kelayakan NCD.
Semasa memberitahu syarikat insurans anda tentang sesuatu kemalangan, bertanyalah tentang
bengkel mana yang anda perlu menghantar kenderaan anda untuk diperbaiki.

Kemukakan Borang Laporan Kemalangan Motor yang telah lengkap bersama-sama dengan dokumen sokongan seperti :

Lapuran Polis

Salinan Perjanjian Sewabeli
Salinan Pendaftaran Kenderaan
Salinan Disc Cukai Jalan
Salinan Lesen Memandu Pemandu
Lesen Pemilik Kenderaan-jika kereta dipandu oleh bukan pemilik semasa berlaku
kemalangan.


secepat mungkin kepada syarikat insurans anda. Bengkel akan memulakan kerja-kerja membaiki kenderaan apabila diluluskan oleh syarikat insurans anda. Setelah selesai kerja-kerja membaiki, anda akan diberitahu oleh bengkel supaya datang mengambil kenderaan anda.

Tuntutan pihak ketiga
Anda boleh membuat tuntutan Pihak Ketiga sekiranya anda bukan pihak yang bersalah ke atas
kemalangan tersebut dan anda dapat mengekalkan kelayakan NCD anda.

Terdapat dua jenis tuntutan Pihak Ketiga, iaitu tuntutan terhadap syarikat insurans pihak yang
bersalah atau, sekiranya anda mempunyai polisi Komprehensif, tuntutan terhadap syarikat
insurans anda. Anda digalakkan mengemukakan tuntutan anda kepada syarikat insurans anda
sendiri untuk mempercepatkan pemprosesan tuntutan.

Sebagai pihak ketiga yang membuat tuntutan, anda dikehendaki mengurangkan kerugian anda
iaitu hendaklah berusaha meminimumkan kerugian anda.

Melantik pelaras kerugian berlesen untuk menilai kerugian anda.
Bengkel atau syarikat insurans pihak ketiga boleh menasihati anda berhubung dengan perkara ini. Kemukakan laporan pelaras kerugian dan Borang Laporan Kemalangan Motor bersama-sama dengan semua dokumen sokongan secepat mungkin.

Anda layak menuntut daripada syarikat insurans pihak ketiga bagi `pampasan bagi masa pembaikan sebenar’ (CART) dan ganti rugi untuk ekses. Bagi masa pembaikan sebenar kenderaan anda yang sedang dibaiki, ini adalah berdasarkan kepada jumlah hari untuk membaiki kereta anda seperti yang ditentukan oleh pelaras kerugian.

Syarikat insurans, mengikut budi bicaranya boleh memberikan tambahan tempoh selama tujuh hari bekerja bagi sebarang kelewatan yang tidak dapat dielakkan. Skala standard bagi CART harian telah ditetapkan oleh PIAM. (Lihat Jadual 2) Sebagai alternatif, anda boleh membuat tuntutan kos menyewa kenderaan gantian yang sama jenis dan kapasiti untuk selama jumlah hari yang ditentukan bagi masa pembaikan sebenar yang dibuktikan dengan resit daripada syarikat kereta sewa berlesen. Sila rujuk artikel di muka utama.


Tuntutan Kecurian
Selepas mengemukakan borang tuntutan, anda mesti bekerjasama sepenuhnya dengan syarikat
insurans anda atau wakilnya semasa penyiasatan tuntutan kecurian tersebut. Memandangkan polis dan syarikat insurans anda memerlukan masa untuk menyiasat tuntutan anda, anda akan menerima tawaran pembayaran daripada syarikat insurans anda dalam tempoh enam bulan dari tempoh kecurian tersebut dimaklumkan atau selepas selesainya siasatan polis, mengikut mana yang lebih awal.

Prinsip indemniti
Prinsip indemniti penting dalam insurans. Berdasarkan prinsip ini, perlindungan insurans akan
membayar kerugian anda dengan meletakkan anda pada keadaan yang sama sebelum anda
mengalami kerugian. Memandangkan anda akan dibayar berdasarkan hanya kepada jumlah
kerugian yang ditanggung, anda tidak boleh 'mendapat keuntungan' daripada tuntutan insurans
motor. Oleh yang demikian, sekiranya kenderaan anda melebihi usia lima tahun, 'betterment' akan dikenakan.

'Betterment' terjadi jika semasa membaiki kerosakan kenderaan akibat kemalangan, alat lama diganti dengan alat francais baru. Selaras dengan prinsip indemniti, anda akan menanggung perbezaan kos terbabit kerana dengan alat francais baru tersebut, anda kini berada dalam keadaan yang lebih baik selepas kemalangan. Walau bagaimanapun, pengenaan 'betterment' adalah atas budi bicara syarikat insurans anda. Sekiranya syarikat insurans anda mengenakan 'betterment', ia hendaklah menurut skala standard 'betterment' yang diguna pakai oleh industri seperti berikut:

Umur Kenderaan Kadar Maksimum

Kurang 5 tahun 0%

5 15

6 20

7 25

8 30

9 35

10 ke atas 40

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

        Sekiranya topik yang anda cari tiada di laman ini sila taip dalam kotak
dibawah dan tekan butang search untuk ke laman seterusnya.
Google

T2-Global: Millions of Discount Airfares, the NEW travel site

Do You Want TOP 10 GOOGLE, MSN & YAHOO RANKINGS???

Market Probability

Sittercity.com

PhantomPlate: Radar, GPS & Camera Avoidance Products

Powered by Blogger

Subscribe to
Posts [Atom]



@ All right reserve Pirzacomp System | Privacy Policy