Apa yang perlu anda lakukan sekiranya berlaku kemalangan/kerugian
• Catat butir-butir kemalangan
Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan bermotor, buat catatan berkaitan kemalangan tersebut seperti nama dan alamat semua pemandu dan penumpang yang terlibat, nombor pendaftaran kenderaan, buatan dan model setiap kenderaan yang terlibat, nombor lesen pemandu dan butir-butir insurans dan juga nama dan alamat saksi seramai mungkin.
• Buat laporan polis
Anda diwajibkan oleh undang-undang untuk membuat laporan polis dalam masa 24 jam selepas sesuatu kemalangan jalan raya.
• Beritahu syarikat insurans anda
Anda perlu memberitahu syarikat insurans anda secara bertulis dengan memberi butir-butir lengkap secepat mungkin. Bergantung kepada jenis tuntutan yang akan anda buat, anda mungkin perlu memberitahu syarikat insurans lain (untuk keterangan lanjut sila rujuk kepada bahagian Membuat tuntutan terhadap syarikat insurans’. Sekiranya anda tidak membuat laporan tentang kemalangan tersebut, anda sendiri akan bertanggungjawab ke atas kerugian anda dan juga sebarang tuntutan pihak ketiga terhadap anda.
• Pilih bengkel
Anda mesti menghantar kereta anda yang rosak ke bengkel yang diluluskan oleh syarikat insurans. Jika kemalangan berlaku semasa waktu pejabat, anda perlu menelefon nombor ‘hotline’/ bantuan kecemasan yang disediakan oleh syarikat insurans. Ataupun, anda boleh menghubungi syarikat insurans anda untuk mengetahui bengkel yang diluluskan yang paling hampir.
Sekiranya kemalangan berlaku selepas waktu pejabat dan anda membuat tuntutan terhadap polisi anda iaitu tuntutan kerosakan sendiri, anda perlu memastikan bahawa kenderaan anda ditarik ke bengkel yang diluluskan oleh Skim Bengkel Pembaik Motor Persatuan Insuran Am Malaysia [yang dikenali sebagai PIAM Approved Repairers Scheme (PARS)].
Sekiranya anda membuat tuntutan pihak ketiga, anda dinasihatkan juga supaya menghantar kenderaan ke bengkel PARS.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home