StatCounter Free web tracker and counter
Malaysian Insurance Companies
Life and General Business
1 AmAssurance Berhad
2 American International Assurance
3 Hong Leong Assurance Berhad
4 ING Insurance Berhad
5 Malaysia National Insurance Berhad
6 Malaysian Assurance Alliance Berhad
7 MCIS Zurich Insurance Berhad
8 Prudential Assurance Malaysia Berhad
Life Business Only
1 Allianz Life Insurance Malaysia Berhad
2 AXA Affin Life Insurance Berhad
3 Commerce Life Assurance Berhad
4 Great Eastern Life Assurance
5 Manulife Insurance (Malaysia) Berhad
6 Mayban Life Assurance Berhad
7 TM Asia Life (Malaysia) Berhad
8 Uni.Asia Life Assurance Berhad
General Business Only
1 ACE Synergy Insurance Berhad
2 Allianz General Insurance (M) Berhad
3 American Home Assurance Company
4 AMI Insurans Berhad
5 AXA Affin General Insurance Berhad
6 Berjaya Sompo Insurance Berhad
7 BH Insurance (M) Berhad
8 Jerneh Insurance Berhad
9 Kurnia Insurans (Malaysia) Berhad
10 Lonpac Insurance Berhad
11 Mayban General Assurance Berhad
12 Mitsui Sumitomo Insurance (M) Bhd
13 MUI Continental Insurance Berhad
14 Multi-Purpose Insurans Berhad
15 Oriental Capital Assurance Berhad
16 Overseas Assurance Corporation (M) Bhd
17 Pacific & Orient Insurance Co. Berhad
18 Pacific Insurance Berhad, The
19 PanGlobal Insurance Berhad
20 Progressive Insurance Berhad
21 QBE - MBF Insurans Berhad
22 RHB Insurance Berhad
23 Tahan Insurance Malaysia Berhad
24 Tokio Marine Insurans (M) Berhad
25 Uni.Asia General Insurance Berhad
Nota:
Link diatas adalah redirect ke Bank Megara Malaysia. Sila klik link di BNM untuk ke website syarikat berkenaan.
 

Kaedah Menuntut Gantirugi Kerana Kereta Terlibat Dalam Kemalangan

Pernahkah anda yang memiliki kenderaan seperti kereta, bas atau lori terlibat dalam kemalangan? Jika pernah tentunya anda sudah ada pengalaman bagaimana membuat tuntutan perlindungan insuran bagi membaikpulih kenderaan anda. Pada umumnya semua kita hanya membuat tuntutan untuk membaikpulih kerosakan kenderaan kita sahaja. Semasa tempuh kenderaan kita berada di bengkel, sudah tentu kita mengalami pelbagai kerumitan untuk bergerak atau menjalankan aktiviti perlu setiap hari.

Kita terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lain untuk membayar sewa teksi atau bas atau menyewa kenderaan lain bagi meneruskan komitmen hidup seharian sehinggalah kenderaan kita disempurnakan oleh pehak bengkel.

Sebenarnya tidak ramai dari kita yang mengetahui bahawa kita juga berhak membuat tuntutan ganti rugi kesusahan yang kita tanggung sepanjang tempuh kenderaan berada dibengkel. Saya sendiri baru sahaja mengetahui hak ini walau pun sebelum kes terbaru ini, saya telah terlibat dalam beberapa kes kemalangan.

Kaedah membuat tuntutan gantirugi kesusahan dalam tempuh kenderaan berada di bengkel adalah seperti berikut:

1. Pastikan anda bukan pehak yang didapati bersalah oleh polis dalam insiden kemalangan berkenaan. Penentuan siapa yang salah boleh di dapati daripada "Keputusan Kes" yang dikeluarkan oleh Pegawai Penyiasat kes. Anda kena beli lapuran ini(untuk makluman-pehak yang bersalah ialah yang disaman oleh polis).

2. Beli lapuran kemalangan daripada pehak polis

3. Beli lapuran rajah kemalangan daripada pihak polis

4. Beli salinan gambar foto daripada pihak polis

5. Beli "carian rekod insuran kenderaan" yang dipersalahkan, di pejabat JPJ. Bagi mendapatkan maklumat ini anda mesti bawa salinan lapuran polis. Carian ini dikenakan bayaran RM10.

Setelah semua dokumen diatas telah diperolehi, anda perlu mendapat surat pengesahan bengkel dimana kereta anda dibaiki. Antara butiran yang perlu dinyatakan oleh pehak bengkel ia-lah:

1. Tempuh pembaikan yang diluluskan oleh pehak adjuster insurance

2. Jika anda dikenakan bayaran "Access" oleh bengkel (jika tercatat dalam nota insuran anda) sila dapatkan resit pembayaran anda.

Setelah semua dokumentasi daripada polis, JPJ dan bengkel telah lengkap, anda perlulah membuat surat tuntutan kerugian kerana kesusahan tersebut dan hantar sendiri kepada syarikat insuran yang memberi perlindungan kepada kenderaan yang melanggar kenderaan anda.Ingat, urusan tuntutan ini perlu anda uruskan sendiri, bukan syarikat insuran anda yang menguruskan. Dalam tuntutan itu anda boleh letakkan nilai kerugian anda berapa banyak sehari didharab dengan jumlah hari tempuh kenderaan diserahkan semula kepada anda oleh pihak bengkel. Pada lazimnya pihak syarikat insuran meletakkan nilai pada kadar RM35 sehari dan berasaskan tempuh yang direkomenkan oleh pehak adjuster. Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut perkara ini daripada syarikat insurance anda.

Kadar Gantirugi Sehari Mengikut Jenis Kenderaan

1 Comments:

Blogger wanisfua said...

Terima kasih utk info. ..smlm saya baru terlibat accident dilanggar..blh btahu bila kita nk dptkan laporan keputusan kes?repot dh buat lepas accidnt.. Dan kalau ada kecederaan libatkn pergerakan tp kecederaan ringan mcmana stepnya pula ye?

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

        Sekiranya topik yang anda cari tiada di laman ini sila taip dalam kotak
dibawah dan tekan butang search untuk ke laman seterusnya.
Google

T2-Global: Millions of Discount Airfares, the NEW travel site

Do You Want TOP 10 GOOGLE, MSN & YAHOO RANKINGS???

Market Probability

Sittercity.com

PhantomPlate: Radar, GPS & Camera Avoidance Products

Powered by Blogger

Subscribe to
Posts [Atom]



@ All right reserve Pirzacomp System | Privacy Policy