StatCounter Free web tracker and counter
Malaysian Insurance Companies
Life and General Business
1 AmAssurance Berhad
2 American International Assurance
3 Hong Leong Assurance Berhad
4 ING Insurance Berhad
5 Malaysia National Insurance Berhad
6 Malaysian Assurance Alliance Berhad
7 MCIS Zurich Insurance Berhad
8 Prudential Assurance Malaysia Berhad
Life Business Only
1 Allianz Life Insurance Malaysia Berhad
2 AXA Affin Life Insurance Berhad
3 Commerce Life Assurance Berhad
4 Great Eastern Life Assurance
5 Manulife Insurance (Malaysia) Berhad
6 Mayban Life Assurance Berhad
7 TM Asia Life (Malaysia) Berhad
8 Uni.Asia Life Assurance Berhad
General Business Only
1 ACE Synergy Insurance Berhad
2 Allianz General Insurance (M) Berhad
3 American Home Assurance Company
4 AMI Insurans Berhad
5 AXA Affin General Insurance Berhad
6 Berjaya Sompo Insurance Berhad
7 BH Insurance (M) Berhad
8 Jerneh Insurance Berhad
9 Kurnia Insurans (Malaysia) Berhad
10 Lonpac Insurance Berhad
11 Mayban General Assurance Berhad
12 Mitsui Sumitomo Insurance (M) Bhd
13 MUI Continental Insurance Berhad
14 Multi-Purpose Insurans Berhad
15 Oriental Capital Assurance Berhad
16 Overseas Assurance Corporation (M) Bhd
17 Pacific & Orient Insurance Co. Berhad
18 Pacific Insurance Berhad, The
19 PanGlobal Insurance Berhad
20 Progressive Insurance Berhad
21 QBE - MBF Insurans Berhad
22 RHB Insurance Berhad
23 Tahan Insurance Malaysia Berhad
24 Tokio Marine Insurans (M) Berhad
25 Uni.Asia General Insurance Berhad
Nota:
Link diatas adalah redirect ke Bank Megara Malaysia. Sila klik link di BNM untuk ke website syarikat berkenaan.
 

Secure yourself with life settlement agent

By: William Rega

Life demands many things sometimes and one takes every possible step to make it comfortable and protected. In fact, people buy all kinds of insurance policies and schemes to protect oneself and the family against all odds that life sometime showers. However, if someone falls in a pit of financial crunch, then he can always look up to life settlement agent to protect himself from any financial insecurity. He will help one to get out of the situation.

A life settlement agent is your partner in your tough times and will help you in every possible way. Moreover, one is able to realize the importance of money when one suffers from crises. However, the presence of life settlement agent should provide comfort to you but you should also keep this thing in mind that each life settlement case is looked differently and many factors are involved into it. In fact, the agent will be able to assist you through various services and solutions, such as marketing, educational and evaluation materials. The factors involved in life settlement can be evaluated during the exchange of life insurance policies. These factors are age and health of the insured person. For your information, even the amount of the loan is determined by the size of the policy, the left over premiums and the cash value of the policy in the market. Therefore, getting help from a life settlement agent is a good thing as he can make things quite smooth for you and your family too.

However, he will be more helpful if you ask him questions regarding the life settlement thing, in fact it will be advisable to you to clear your doubts, if any on the situation that you are suffering from. However, the agent himself will ask you some queries to determine whether you are eligible for the loan against the policy or not. In fact, he will use all his powers and tools to carry out tasks smoothly and efficiently. Well, you must be aware of the fact that life settlement is a new concept and is not clearly understood by many of the loan seekers who want to exchange their life insurance policies for a good some of money. Hence, it makes all the more important for the seeker to hire an experienced and knowledgeable life settlement agent so that he can save the loan seeker from committing ant mistake. However, it is the responsibility of the service provider to guide the person on the minute things involved in the procedure.

Moreover, if you hire an amateur professional, then the problem can be more tangled, hence, always hire a professional with experience who can tread you thoroughly through the troubled waters. So that they do not misguide you regarding the information on the life settlement plans. In fact, you can say that it is a responsibility of a life settlement agent to take the correct marketing and education steps to reach those in need. He creates added financial benefits for you by offering money management tips for a safe future. After all it is you who needs to be cautious for secured and hassle free life.

Source: http://www.ArticleBiz.com

        Sekiranya topik yang anda cari tiada di laman ini sila taip dalam kotak
dibawah dan tekan butang search untuk ke laman seterusnya.
Google

Insurans hayat

Insurans hayat merupakan satu aspek penting dalam perancangan kewangan jangka masa panjang anda. Insurans hayat dapat mengurangkan bebanan keluarga daripada segi kewangan jika sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas anda, terutamanya jika seorang sahaja yang bekerja.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan insurans hayat untuk memenuhi keperluan persaraan anda.

Bagaimana pun perkara yang sering berbangkit ketika pencarum mengalami nasib malang seperti mati kerana penyakit, seringkali waris simati menghadapi masaalah bila pihak syarikat insuran menafikan hak mendapatkan faedah jaminan seperti yang dijanjikan. Alasan yang sering diberikan oleh suarikat insuran ia-lah pencarum gagal mengisytiharkan bahawa dia ada mengidap penyakit tertentu yang tidak dilindungi oleh polisi insurance yang mana penyakit itulah yang menjadi penyebab pencarum mati seperti yang tercatat dalam sijil kematian.

Bagi mengelakkan insiden malang seperti ini, bakal pembeli insurance hayat dinasehatkan supaya mendapatkan butiran bertulis daripada syarikat insuran mengenai maklumat-maklumat yang perlu mengenai status kesihatan diri. Sila kenal pasti jenis-jenis penyakit yang tidak mendapat perlindungan insurance.

Pihak wakil insurance yang menemui anda kebanyakan tidak telus dalam hal ini. Semasa mereka menemui anda, sasaran utama mereka ia-lah memujuk anda membeli polisi dari syarikat mereka. Mereka tidak memaklumkan kepada anda bahawa ada term tersembunyi bahawa jika anda ada mengidap penyakit tertentu semasa anda mula menyertai polisi insurance itu, atau adalam jangkamasa tertentu selepas anda membayar premium, didapati anda mengidap penyakit tertentu maka jaminan perlindungan anda menjadi terbatal.

Sebab itulah kita sering terbaca dalam akhbar-akhbar rungutan dan rasa tidak puas hati pembeli insurance terhadap syarikat insurance mereka kerana gagal memberi perlindungan seperti yang diharapkan seperti yang diwar-warkandahulu bila tiba saat mereka ditimpa musibah.

Dalam satu kes yang melibatkan ahli keluarga penulis sendiri, balu kepada pemegang polisi gagal mendapat haknya bila suaminya yang mengambil insuran perlindungan pinjaman perumahan kerajaan meninggal dunia kerana mengidap penyakit buah pinggang. Syarikat insurance terbabit memberi alasan suaminya telah pun mengidap penyakit itu sebelum lagi beliau membeli polisi perlindungan berkenaan. Dengan kata lain syarikat insurance itu menganggap ahli keluarga penulis itu menipu status kesihatannya.

Dari segi logiknya, siapa yang tahu dia ada mengidap penyakit tertentu jika tidak dibuat pemeriksaan kesihatan sepenuhnya oleh doktor? Sedangkan semasa permohonan dibuat, ejen insurance berkenaan tidak pula menerangkan sepenuhnya terma-terma yang perlu dipenuhi oleh bakal pelanggan.

Kesimpulannya, sebelum menandatangani borang proposal membeli isurance perlindungan hayat, anda hendaklah membuat susulan terus ke pejabat insurance terbabit. Bertanyalah semua maklumat kepada kakitangan yang sekurang-kurangnya berpangkat penyelia disitu segala keraguan yang ada dihati. Pegawai diperingkat ini merupakan orang profesional yang tidak akan mengelirukan anda. Jangan percaya sangat kepada ejen yang cuba memujuk anda.

Disarankan oleh kerana pelaburan anda bukan kecil dan lebih penting lagi harapan anda sangatlah besar terhadap polisi perlindungan hayat ini, ada lebih baik anda membuat pemerikasaan status kesihatan anda dan kemukakan bersama borang proposal anda. Jika setelah meneliti status kesihatan anda itu, syarikat insurance tersebut bersetuju anda menjadi pemegang polisi mereka, maka tidak ada apa yang perlu anda khuatirkan lagi.

        Sekiranya topik yang anda cari tiada di laman ini sila taip dalam kotak
dibawah dan tekan butang search untuk ke laman seterusnya.
Google

Membuat tuntutan terhadap syarikat insurans

Tuntutan kemalangan

Apabila anda terlibat dalam kemalangan, anda boleh sama ada membuat tuntutan kerosakan
sendiri atau tuntutan pihak ketiga:

Tuntutan kerosakan sendiri
Ini merujuk kepada membuat tuntutan terhadap polisi insurans anda sendiri, iaitu anda
mempunyai polisi komprehensif. Walau bagaimanapun, anda akan kehilangan kelayakan NCD.
Semasa memberitahu syarikat insurans anda tentang sesuatu kemalangan, bertanyalah tentang
bengkel mana yang anda perlu menghantar kenderaan anda untuk diperbaiki.

Kemukakan Borang Laporan Kemalangan Motor yang telah lengkap bersama-sama dengan dokumen sokongan seperti :

Lapuran Polis

Salinan Perjanjian Sewabeli
Salinan Pendaftaran Kenderaan
Salinan Disc Cukai Jalan
Salinan Lesen Memandu Pemandu
Lesen Pemilik Kenderaan-jika kereta dipandu oleh bukan pemilik semasa berlaku
kemalangan.


secepat mungkin kepada syarikat insurans anda. Bengkel akan memulakan kerja-kerja membaiki kenderaan apabila diluluskan oleh syarikat insurans anda. Setelah selesai kerja-kerja membaiki, anda akan diberitahu oleh bengkel supaya datang mengambil kenderaan anda.

Tuntutan pihak ketiga
Anda boleh membuat tuntutan Pihak Ketiga sekiranya anda bukan pihak yang bersalah ke atas
kemalangan tersebut dan anda dapat mengekalkan kelayakan NCD anda.

Terdapat dua jenis tuntutan Pihak Ketiga, iaitu tuntutan terhadap syarikat insurans pihak yang
bersalah atau, sekiranya anda mempunyai polisi Komprehensif, tuntutan terhadap syarikat
insurans anda. Anda digalakkan mengemukakan tuntutan anda kepada syarikat insurans anda
sendiri untuk mempercepatkan pemprosesan tuntutan.

Sebagai pihak ketiga yang membuat tuntutan, anda dikehendaki mengurangkan kerugian anda
iaitu hendaklah berusaha meminimumkan kerugian anda.

Melantik pelaras kerugian berlesen untuk menilai kerugian anda.
Bengkel atau syarikat insurans pihak ketiga boleh menasihati anda berhubung dengan perkara ini. Kemukakan laporan pelaras kerugian dan Borang Laporan Kemalangan Motor bersama-sama dengan semua dokumen sokongan secepat mungkin.

Anda layak menuntut daripada syarikat insurans pihak ketiga bagi `pampasan bagi masa pembaikan sebenar’ (CART) dan ganti rugi untuk ekses. Bagi masa pembaikan sebenar kenderaan anda yang sedang dibaiki, ini adalah berdasarkan kepada jumlah hari untuk membaiki kereta anda seperti yang ditentukan oleh pelaras kerugian.

Syarikat insurans, mengikut budi bicaranya boleh memberikan tambahan tempoh selama tujuh hari bekerja bagi sebarang kelewatan yang tidak dapat dielakkan. Skala standard bagi CART harian telah ditetapkan oleh PIAM. (Lihat Jadual 2) Sebagai alternatif, anda boleh membuat tuntutan kos menyewa kenderaan gantian yang sama jenis dan kapasiti untuk selama jumlah hari yang ditentukan bagi masa pembaikan sebenar yang dibuktikan dengan resit daripada syarikat kereta sewa berlesen. Sila rujuk artikel di muka utama.


Tuntutan Kecurian
Selepas mengemukakan borang tuntutan, anda mesti bekerjasama sepenuhnya dengan syarikat
insurans anda atau wakilnya semasa penyiasatan tuntutan kecurian tersebut. Memandangkan polis dan syarikat insurans anda memerlukan masa untuk menyiasat tuntutan anda, anda akan menerima tawaran pembayaran daripada syarikat insurans anda dalam tempoh enam bulan dari tempoh kecurian tersebut dimaklumkan atau selepas selesainya siasatan polis, mengikut mana yang lebih awal.

Prinsip indemniti
Prinsip indemniti penting dalam insurans. Berdasarkan prinsip ini, perlindungan insurans akan
membayar kerugian anda dengan meletakkan anda pada keadaan yang sama sebelum anda
mengalami kerugian. Memandangkan anda akan dibayar berdasarkan hanya kepada jumlah
kerugian yang ditanggung, anda tidak boleh 'mendapat keuntungan' daripada tuntutan insurans
motor. Oleh yang demikian, sekiranya kenderaan anda melebihi usia lima tahun, 'betterment' akan dikenakan.

'Betterment' terjadi jika semasa membaiki kerosakan kenderaan akibat kemalangan, alat lama diganti dengan alat francais baru. Selaras dengan prinsip indemniti, anda akan menanggung perbezaan kos terbabit kerana dengan alat francais baru tersebut, anda kini berada dalam keadaan yang lebih baik selepas kemalangan. Walau bagaimanapun, pengenaan 'betterment' adalah atas budi bicara syarikat insurans anda. Sekiranya syarikat insurans anda mengenakan 'betterment', ia hendaklah menurut skala standard 'betterment' yang diguna pakai oleh industri seperti berikut:

Umur Kenderaan Kadar Maksimum

Kurang 5 tahun 0%

5 15

6 20

7 25

8 30

9 35

10 ke atas 40

        Sekiranya topik yang anda cari tiada di laman ini sila taip dalam kotak
dibawah dan tekan butang search untuk ke laman seterusnya.
Google

Kaedah Membuat Aduan Dan Saluran Penyelesaian Terhadap Syarikat Insuran

• Sekiranya anda mempunyai aduan tentang produk atau perkhidmatan syarikat insurans
anda atau anda tidak berpuas hati dengan penolakan atau tawaran penyelesaian
tuntutan, anda hendaklah terlebih dahulu cuba menyelesaikan aduan tersebut dengan
Unit Aduan syarikat insurans berkenaan.
• Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat, anda boleh
menulis sama ada kepada Biro Pengantaraan Kewangan (Financial Mediation Bureau
atau FMB) atau Bank Negara Malaysia yang akan mengendalikan aduan anda secara
percuma. Anda boleh merujuk kepada pegawai di Unit Aduan syarikat insurans yang
berkaitan tentang saluran yang betul untuk mengendalikan aduan anda.
• Sekiranya anda ingin mengemukakan aduan kepada FMB, aduan itu hendaklah
dikemukakan dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan muktamad syarikat
insurans. FMB mengendalikan pertikaian antara pihak menuntut dengan syarikat
insuransnya sendiri atau syarikat insurans pihak ketiga.
• FMB merupakan sebuah badan bebas yang menyediakan saluran yang cepat, mudah
dan cekap bagi pengguna merujuk aduan atau pertikaian untuk penyelesaian sebagai
alternatif kepada mahkamah.
• Walau bagaimanapun, FMB tidak mengendalikan pertikaian yang melibatkan harga
produk insurans dan isu pengunderaitan, kes penipuan dan kes yang telah atau sedang
dirujuk di mahkamah.

Selain itu, aduan yang dirujuk kepada FMB adalah terhad kepada:-
o RM200,000 bagi polisi insurans motor dan kebakaran.
o RM100,000 bagi polisi insurans yang lain.
o RM5,000 bagi tuntutan kerosakan harta pihak ketiga.
• Bagi kes yang bukan di bawah bidang kuasa FMB, anda boleh mengemukakan aduan
tersebut kepada Bank Negara Malaysia.

Maklumat terperinci tentang cara membuat aduan boleh didapati dalam buku kecil bertajuk
"Asas-asas Insurans dan Takaful" atau dengan mengakses laman web FMB di www.fmb.org.my.
Sebagai pilihan lain, anda boleh juga mendapatkan maklumat daripada laman web
www.insuranceinfo.com.my .

        Sekiranya topik yang anda cari tiada di laman ini sila taip dalam kotak
dibawah dan tekan butang search untuk ke laman seterusnya.
Google

SYARIKAT INSURANCE YANG BEROPERASI DI MALAYSIA

Life and General Business
No. Name Ownership
1 AmAssurance Berhad
2 American International Assurance Company Ltd.
3 Hong Leong Assurance Berhad
4 ING Insurance Berhad
5 Malaysia National Insurance Berhad
6 Malaysian Assurance Alliance Berhad
7 MCIS Zurich Insurance Berhad
8 Prudential Assurance Malaysia Berhad

Life Business Only
No. Name Ownership
1 Allianz Life Insurance Malaysia Berhad
2 AXA Affin Life Insurance Berhad
3 Commerce Life Assurance Berhad
4 Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad
5 Manulife Insurance (Malaysia) Berhad
6 Mayban Life Assurance Berhad
7 TM Asia Life (Malaysia) Berhad
8 Uni.Asia Life Assurance Berhad


General Business Only
No. Name Ownership
1 ACE Synergy Insurance Berhad
2 Allianz General Insurance Malaysia BerhadF
3 American Home Assurance Company
4 AMI Insurans Berhad
5 AXA Affin General Insurance Berhad
6 Berjaya Sompo Insurance Berhad
7 BH Insurance (M) Berhad
8 Jerneh Insurance Berhad
9 Kurnia Insurans (Malaysia) Berhad
10 Lonpac Insurance Berhad
11 Mayban General Assurance Berhad
12 Mitsui Sumitomo Insurance (Malaysia) Berhad
13 MUI Continental Insurance Berhad
14 Multi-Purpose Insurans Berhad
15 Oriental Capital Assurance BerhadL
16 Overseas Assurance Corporation (Malaysia) Berhad
17 Pacific & Orient Insurance Co. Berhad
18 Pacific Insurance Berhad, The
19 PanGlobal Insurance Berhad
20 Progressive Insurance Berhad
21 QBE - MBF Insurans Berhad
22 RHB Insurance Berhad
23 Tahan Insurance Malaysia Berhad
24 Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad
25 Uni.Asia General Insurance Berhad

Life and General Reinsurance Business
No. Name Ownership
1 Hannover Rueckversicherungs AG

Life Reinsurance Business
No. Name Ownership
1 Malaysian Life Reinsurance Group BerhadL

General Reinsurance Business
No. Name Ownership
1 Malaysian Reinsurance BerhadL
2 Munchener Ruckversicherungs-GesellschaftF
3 Swiss Reinsurance CompanyF
4 Toa Reinsurance Company Ltd., TheF
Takaful Operators
No. Name Ownership
1 Commerce Takaful BerhadL
2 Hong Leong Tokio Marine Takaful BerhadL
3 HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn BhdL
4 MAA Takaful BerhadL
5 Prudential BSN Takaful BerhadL
6 Syarikat Takaful Malaysia BerhadL
7 Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.L
8 Takaful Nasional Sdn. Bhd.L




        Sekiranya topik yang anda cari tiada di laman ini sila taip dalam kotak
dibawah dan tekan butang search untuk ke laman seterusnya.
Google

Insurans Motor-kenderaan

Ini merupakan panduan sebagai pengenalan untuk memberikan anda kefahaman yang lebih baik tentang insurans motor dan apa yang perlu anda tahu apabila membeli polisi insurans motor dan membuat tuntutan.

Jenis polisi insurans motor

Apabila anda membeli kenderaan bermotor, anda perlu membeli insurans motor. Walau
bagaimanapun, terdapat berbagai jenis polisi insurans motor. Jenis-jenis yang biasa adalah:

Perlindungan pihak ketiga
Polisi ini menginsuranskan anda terhadap tuntutan bagi kecederaan tubuh badan atau kematian yang berlaku kepada orang lain (dikenali sebagai pihak ketiga), dan juga kerugian atau kerosakan kepada harta benda pihak ketiga yang diakibatkan
oleh kenderaan anda.

Perlindungan pihak ketiga, kebakaran dan kecurian
Polisi ini menyediakan insurans terhadap tuntutan bagi kecederaan tubuh badan dan kematian pihak ketiga, kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga, dan kerugian atau kerosakan kepada kenderaan sendiri akibat kebakaran yang tidak disengajakan atau kecurian.

Perlindungan komprehensif
Polisi ini menyediakan perlindungan yang paling luas, iaitu kecederaan tubuh badan dan kematian pihak ketiga, kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga dan kerugian atau kerosakan kepada kenderaan anda sendiri akibat kebakaran yang tidak disengajakan, kecurian atau kemalangan.


Jadual 1.

Pengecualian/penambahan
Insurans motor yang standard tidak melindungi sesetengah kerugian, seperti kematian atau
kecederaan anggota diri sendiri akibat kemalangan motor, liabiliti terhadap tuntutan daripada
penumpang- penumpang dalam kenderaan anda (kecuali penumpang-penumpang kenderaan
sewa seperti teksi dan bas) dan kerugian atau kerosakan akibat kejadian alam seperti banjir, ribut dan tanah runtuh.

Walau bagaimanapun, anda boleh membayar premium tambahan untuk menambah perlindungan polisi anda terhadap banjir, tanah runtuh, tanah gelincir dan juga perlindungan kepada penumpang-penumpang anda. Adalah mustahak untuk menyemak polisi anda tentang
pengecualian yang dikenakan.

Perkara penting yang perlu diambil perhatian apabila membeli perlindungan insurans motor

Nilai diinsuranskan/jumlah diinsuranskan
Sekiranya anda membeli polisi untuk melindungi kerugian/ kerosakan kepada kenderaan anda,
anda perlu memastikan bahawa kenderaan anda telah diinsuranskan secukupnya kerana ini
akan memberi kesan ke atas jumlah yang anda boleh tuntut sekiranya berlaku kerugian/
kerosakan. Bagi kenderaan baru, jumlah diinsuranskan adalah harga beli manakala bagi
kenderaan lain, nilai diinsuranskan adalah nilai pasaran kenderaan tersebut semasa anda
memohon polisi insurans.

Terkurang insurans
Sekiranya anda menginsuranskan kenderaan anda pada nilai yang lebih rendah daripada nilai pasaran, anda akan dianggap menginsuranskan sendiri perbezaan nilai tersebut, iaitu, jika berlaku kerugian/ kerosakan, anda akan hanya dibayar sebahagian ganti rugi (setakat bahagian yang diinsuranskan) oleh syarikat insurans anda.

• Terlebih insurans

Sekiranya anda menginsuranskan kenderaan anda pada jumlah yang lebih tinggi daripada nilai pasaran, pembayaran ganti rugi maksimum yang akan anda terima adalah nilai pasaran kenderaan tersebut kerana pemegang polisi tidak boleh ‘mendapat keuntungan’ daripada tuntutan insurans motor.

Kewajipan pendedahan
Anda perlu mendedahkan sepenuhnya semua fakta penting, termasuk tentang kemalangan
sebelumnya (jika ada), pengubahsuaian kepada enjin dan lain-lain. Sekiranya anda ragu-ragu
sama ada sesuatu fakta itu relevan atau tidak, adalah lebih baik bertanya kepada syarikat
insurans anda. Sekiranya anda gagal mendedahkan mana-mana fakta penting, syarikat insurans
anda berhak menolak tuntutan anda dan sebarang tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga
terhadap anda. Dalam kes sedemikian, anda sendiri adalah bertanggungjawab terhadap tuntutan tersebut.

Harga
Harga yang anda bayar untuk insurans motor bergantung kepada jenis polisi yang dipilih.
Premium insurans yang dikenakan oleh syarikat insurans anda adalah kadar minimum yang
standard menurut Tarif Motor. Walau bagaimanapun, sebagai tambahan kepada kadar minimum yang standard, syarikat insurans anda mungkin mengenakan premium tambahan yang dipanggil bebanan premium kepada premium yang perlu dibayar. Ini disebabkan faktor risiko yang terlibat adalah lebih tinggi seperti usia kenderaan dan pengalaman tuntutan.

Bebanan premium
Dikawal oleh Bank Negara Malaysia (BNM) , dan syarikat insurans tidak boleh mengenakan bebanan premium yang lebih tinggi daripada kadar yang dibenarkan oleh BNM.

Diskaun tiada tuntutan
Premium yang perlu dibayar boleh dikurangkan sekiranya anda mempunyai kelayakan diskaun
tiada tuntutan [‘no-claim-discount’ (NCD)]. NCD adalah satu skim ‘hadiah’ kepada anda sekiranya tiada tuntutan dibuat terhadap polisi anda dalam tempoh 12 bulan sebelum itu. Kadar NCD yang berlainan adalah dikenakan bagi kelas kenderaan yang berlainan. Bagi kereta persendirian, skala NCD adalah di antara 25% hingga 55% seperti yang dinyatakan di dalam polisi.

Ekses
Juga dikenali sebagai ‘deduktibel’. Jumlah kerugian ini perlu anda tanggung sebelum syarikat
insurans anda membayar baki tuntutan kerosakan kenderaan anda. Jenis-jenis ekses adalah
seperti berikut:
• Ekses wajib sebanyak RM400 – sekiranya kenderaan anda dipandu oleh seseorang
yang bukan dinamakan di dalam polisi atau seseorang yang dinamakan di dalam polisi
tetapi di bawah umur 21 tahun, pemegang lesen memandu sementara (L) atau
pemegang lesen memandu penuh yang kurang dari dua tahun.
• Ekses lain – dikenakan mengikut budi bicara syarikat insurans anda dan dalam
sesetengah kes, tiada sebarang ekses yang dikenakan. Anda boleh berunding dengan
syarikat insurans anda berhubung dengan ekses ini.

        Sekiranya topik yang anda cari tiada di laman ini sila taip dalam kotak
dibawah dan tekan butang search untuk ke laman seterusnya.
Google

T2-Global: Millions of Discount Airfares, the NEW travel site

Do You Want TOP 10 GOOGLE, MSN & YAHOO RANKINGS???

Market Probability

Sittercity.com

PhantomPlate: Radar, GPS & Camera Avoidance Products

Powered by Blogger

Subscribe to
Posts [Atom]



@ All right reserve Pirzacomp System | Privacy Policy